fbpx

Kekasih Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Neldydia Senrose?

Melalui akhbar sisipan Berita Harian, B*Pop minggu lalu, terdapat dakwaan bahawa kini pelakon jelita Nelydia Senrose kini dikatakan sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan malah khabarnya mereka sudah pun menjalin hubungan sejak Ogos tahun lalu.

BACA: Nelydia Senrose Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi Razali

Menurut ruangan tersebut lagi, Nelydia sudah pun mengenali kekasihnya barunya itu semenjak belum putus dengan Qi Razali lagi. Bagaimanapun, dalam hal berkawan, Nelydia mempunyai kebebasan memilih.

Malah, katanya Nelydia juga menerima hadiah kereta mewah pemberian kekasihnya itu. Amboi, untung badan. Jika benar, semoga semuanya selamat menjalin cinta hingga ke jinjang pelamin. (rtky/s)