fbpx

Kek Birthday Neelofa Bernilai RM6,000, Bertatah Kristal

Melalui perkongsian gambar di Instagram, pelakon dan juga pengacara, Neelofa meraikan ulang tahun ke-27 dengan sebiji kek bertatah 5,000 kristal swarovski berharga RM6,000 dalam satu sambutan hari lahirnya yang ke 27 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara bersama rakan-rakannya.

BACA: Peminat Berbalah Neelofa Kirim Barang Ke Israel

Kek Birthday Neelofa Bernilai RM6,000, Bertatah Kristal

Harga kek butter berperisa salted karamel krim itu terdedah selepas Neelofa membuat hashtag kenyang tiga hari makan kek enam ribu pada salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Menurut pembuat kek berkenaan, Putri Samihah Mohsin, 29, daripada Butterflykek di Instagram, kek istimewa itu ditempah oleh rakan Neelofa yang mahukan hiasan kristal dan bunga dan mengambil masa selama 20 jam untuk menyiapkan kek tersebut. (rtky/s)