fbpx

Katie Holmes Fail Tuntutan Cerai Terhadap Tom Cruise, Selepas Lima Tahun

Berita yang mengejutkan dunia hiburan Hollywood hari ini, pasangan berprofil tinggi Katie Holmes & Tom Cruise bakal berpisah selepas lima tahun berkahwin.

Katie Holmes menerusi peguam beliau mengumumkan yang permohonan untuk bercerai sudah di’failkan terhadap Tom Cruise dan ini mengejutkan ramai pihak.

Jurucakap Tom Cruise berkata, pelakon popular Hollywood itu sangat sedih dengan keputusan isteri’nya dan kini sedang memikirkan tiga orang anak beliau, termasuk Suri.

Peminat & pemerhati dunia Hollywood sekarang sedang berteka teki apa sebenarnya masalah dalaman rumahtangga mereka berdua ini kerana amat jarang spekulasi nakal timbul.

Katie Holmes juga di’khabarkan akan turut menuntut hak penjagaan terhadap anak mereka berdua, Suri yang bakal menjadi satu cabaran untuk Tom Cruise sendiri.