fbpx

Kahwin Senyap, Bront Palarae Sudah Bergelar Suami Kepada Kenalan Lama

Pandai pelakon ini menyorokkan majlis pernikahan beliau yang berlangsung pada 31 Ogos 2013 yang lalu — ketika rakyat Malaysia sedang sibuk merayakan hari kemerdekaan yang ke 56.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut yang Bront Palarae telah selamat bergelar suami kepada seorang wanita yang merupakan kenalan lama beliau dalam satu majlis tertutup hujung minggu lalu.

Majlis pernikahan yang hanya dihadiri oleh saudara terdekat itu diadakan selepas Asar di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Taman Tun Dr Ismail, Ustaz Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

“Saya minta maaf, majlis ini secara tertutup & hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat. Kalau boleh saya tidak mahu hebahkan perkara ini kerana banyak hati yang perlu untuk saya jaga terutamanya rakan rakan artis dan media,” ujar Bront Palarae.

Bront Palarae juga di’laporkan meminta jurugambar Utusan Malaysia memadam semua gambar yang di’rakamkan sepanjang majlis pernikahan beliau.