fbpx

Juliana Evans Dan Sona One Kini Bercinta?

Juliana Evans dan Sona One, nampak sesuai bukan? Ada khabar angin kini mengatakan bahawa pasangan ini sedang bercinta. Melalui beberapa siri gambar mereka di Instagram, kelihatan mereka mungkin ada menyembunyikan sesuatu atau mungkin juga hanya bergurau atas dasar kawan baik.

BACA: Juliana Evans Enggan Bogel, Bercium

Juliana Evans, Sona One Bercinta? - ROTIKAYA20150228_0755

Melalui akaun Instagram Marina Juki, terdapat satu jawapan daripada Juliana sendiri seperti mengiyakan usikan rakannya itu. Malah, rakan selebriti yang lain juga bagaikan meraikan pasangan ini apabila pelakon ini memuatnaik gambar yang sama di akaun Instagram miliknya.

Malah kenyataan seorang peminat hiburan di forum Cari yang mendakwa pernah terbaca mengenai pengakuan Sona One terhadap Juliana Evans.

Jika dilihat sebelum ini pun, Juliana Evans tidak gemar berbicara mengenai kisah cintanya. Atau manalah tahu jika tiba-tiba Sona One mahu buat kejutan mengenai hubungan mereka ala-ala Akim lakukan kepada Stacy baru-baru ini.

Kami pasti jika ada jodoh di antara mereka, peminat pasti akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Juliana mahupun Sona One. Jika boleh buat undian melalui komen di Instagram, memang ramai yang mengatakan pasangan ini memang secocok! (rtky/syfq)