fbpx

Juliana Evans Nafikan Bercinta Dengan Pemain JDT

Tiada hujan tiada ribut tiba tiba sahaja khabar angin bertiup mengatakan yang Juliana Evans mempunyai hubungan cinta dengan salah seorang pemain bola sepak untuk pasukan Johor Darul Yakzim (JDT) — hanya kerana sering hadir menonton perlawanan mereka.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Juliana Evans menjelaskan yang beliau hadir menyaksikan perlawanan pasukan popular tersebut hanya untuk memberi sokongan kepada beberapa kawan baik yang bermain dalam pasukan itu.

“Ya, saya ada beberapa kali menonton perlawanan bola sepak JDT di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos kerana bagi memberi sokongan kepada kawan baik saya, isteri kepada Syafiq Rahim iaitu Zandra Aziela”

“Selain itu, ada juga beberapa pemain JDT yang saya rapat seperti Izham Tarmizi dan Nazrin Nawi. Kami sering lepak bersama kalau mereka ada perlawanan di Kuala Lumpur”

“Setakat ini, memang saya tidak bercinta dengan mana-mana pemain bola sepak pun, semuanya saya anggap seperti kawan,” jelas Juliana Evans tentang perkara ini. (rtky/m)