Jovian Mandagie & Kakak Dafi, Nina Nikah 11.12.2013 | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
18 August 2013, 5:08PM

Menyulam cinta lebih kurang 2 tahun pasti ramai yang menanti penghujung kisah cinta di antara Jovian Mandagie dan juga kakak Dafi, Sabrina atau lebih dikenali dengan panggilan Nina.

Ramai sedia maklum hubungan mereka berdua setelah masing-masing tidak menyorok hubungan percintaan yang terpampang di Instagram dan melihat keluarga kedua-dua belah pihak juga turut merestui.

Menurut laporan Harian Metro, sepatutnya tarikh nikah mereka dirancang lebih awal namun disebabkan tuntutan kerja mereka berdua tarikh nikah terpaksa ditangguhkan dan memilih tarikh yang senang untuk diingati pada 11.12.2013.

Bagi wanita di luar sana pasti mengidamkan bakal suami seperti Jovian yang sememangnya terkenal di dalam mereka busana perkahwinan artis terkenal seperti Liyana Jasmay. tahniah kepada mereka berdua!


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>