Oleh RotiKaya Staff pada
03 May 2012, 2:05AM

Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal AshaariSedar tidak sedar, kontroversi demi kontroversi, kisah cinta Scha al-Yahya & Awal Ashaari bakal bersambung dalam episod baru selepas mereka mengikat tali pernikahan esok hari yang bakal berlangsung di Putrajaya.

Bercakap kepada wartawan ketika di’temui di’sessi mencuba baju untuk program realiti perkahwinan mereka yang bakal di’siarkan di Astro Ria, pasangan ini sudah menetapkan lokasi percutian bulan madu mereka nanti.

Scha al-Yahya & Awal Ashaari telah memilih dua lokasi utama untuk berbulan madu. New York akan menjadi destinasi pertama percutian mereka sebagai pemanas badan sebelum ke beberapa buah negara Eropah pada Disember ini.

Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside pada 4 Mei 2012 dan bakal bermula sekitar jam 7.45 malam. Resepsi perkahwinan pula akan diadakan pada 6 Mei ini bertempat di Dewan Perdana PICC, Putrajaya.

Sebelum kita semua di’sajikan dengan gambar gambar indah majlis pernikahan mereka yang akan kami bawakan secepat mungkin kepada anda dari lokasi majlis berlangsung — pastikan anda tidak ke’mana mana esok — ini koleksi foto pra perkahwinan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari hasil tangan jurugambar terkenal, Saiful Nang, Enjoice!


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...