fbpx

Hanis Zalikha Selamat Bertunang, Nikah 5 Jun Ini

Tahniah kami ucapkan kepada Hanis Zalikha yang kini telah selamat bergelar tunang kepada Hairul Azreen yang diadakan pada hari ini malah apa yang lebih menggembirakan lagi ialah mereka telah menetapkan tarikh pernikahan ditetapkan pada 5 Jun 2015 dan tarikh persandingan pula pada 14 Jun 2015.

BACA: Hanis Zalikha Bertudung Kerana Ibu Bapa

Hanis-Zalikha-Selamat-Bertunang,-Nikah-5-Jun-Ini---ROTIKAYA_002

Apa yang lebih menyentuh hati adalah kata-kata yang ditujukan Hairul kepada Hanis di dalam akaun Instagram yang berbunyi sangat ikhlas sekali di samping sempat meminta peminat mendoakan mereka.

“3 bulan saya rancang utk melamar awak di Gegar Vaganza, 3 bulan kemudian iaitu hari ini kita bertunang dan #InsyaAllahThankYou lagi 3 bulan kita nikah. Doa utk kami wahai penyokong setia Hairul & Hanis amin,” katanya di Instagram.

Tahniah sekali lagi kepada Hanis Zalikha. Kami pasti dan yakin pastinya peminat mereka berdua akan mendoakan kebaikan pasangan ini. Jangan lupa jemput kami, ya? Eh. (rtky/syfq)