fbpx

Hafidz Roshdi Idam Ada Empat Orang Cahaya Mata

Pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga Hafidz Roshdi memberitahu, sekiranya diberikan rezeki dia mengidamkan empat orang cahaya mata namun menyerahkan ketentuan tersebut kepada rezeki.

BACA: Hafidz Roshdi Mahu Bawa Isteri Bulan Madu 3 Lokasi

“Saya ikut rezeki dapat anak bila. Saya sudah mempunyai perancangan kalau boleh mahukan empat orang anak. Tapi itu semua bergantung pada rezeki,” katanya yang ditemui di Majlis Prebiu Media Syukur Selalu Ramadan TV3 & TV9 2016.

Dia turut memberitahu pada minggu hadapan dia bersama isterinya akan berbulan madu di Medan, Indonesia. Sepanjang bulan Ramadan yang akan datang Hafidz begitu teruja dan tidak sabar untuk bersama-sama berpuasa bersama isteri dan berterawih bersama.

“Saya rancang untuk berpuasa dan berterawih bersama isteri disebabkan saya bercuti daripada menjalankan penggambaran. Rasa begitu teruja sekali,” katanya kepada Rotikaya.

Dalam pada itu, Hafidz Roshdi turut berkata dia akan cuba untuk mengurangkan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita lain apabila melakonkan sesuatu watak.

“Kalau boleh nak elakkan adegan bersentuhan itu sahaja. Saya nak cakap untuk mengelakkan terus takut terpegang dan tersentuh juga jadi saya lebih suka untuk mengurangkan adegan itu. Saya buat perkara ini bukan disebabkan isteri tetapi atas status saya sebagai suami,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)