Gossip: Tiz Zaqyah, Remy Ishak Kini Benar Benar Putuskan Hubungan Cinta? | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
21 September 2012, 7:09AM

Gossip: Tiz Zaqyah, Remy Ishak Kini Benar Benar Putus Cinta? Kalau kami sudah tanyakan soalan sebegitu, maksudnya bukan pertama kali gossip pasangan ini putus cinta timbul di media massa. Ini kali yang ke 453. Heh.

Hampir sehari yang lalu, Remy Ishak ada menulis melalui akaun Twitter beliau sesuatu yang menimbulkan keraguan di’hati para peminat & juga kami akan hubungan cinta beliau.

“The relationship was gone a long time ago, I haven’t been involved with anything and everything,” tulis Remy Ishak yang menjadi ayat pertama beliau ketika itu.

“The best way to end the relationship is to burn the bridge. Glad I did it. No turning back,” tulis yang menguatkan andaian hubungan cinta beliau sudah berakhir. Andaian.

Remy Ishak kemudiannya menulis yang semua orang patut bersyukur dengan pengalaman pahit yang Tuhan berikan juga jangan sesekali menyesal dengan apa terjadi.

Persoalan sekarang ini, adakah hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak sudah benar benar berakhir atau ini merupakan sekadar gimik untuk drama lakonan bersama mereka nanti. Hmm.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...