Gossip: Tasha Shilla Meraikan Hari Lahir Di Rootz, Menari Ghairah Tanpa Sedar? | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
26 January 2012, 11:01AM

Satu hari lagi dalam dunia gossip selebriti tempatan dan kali ini kita ada kisah tentang pelakon yang sedang mencipta nama.

Tengah malam tadi, kami terima beberapa panggilan telefon dari orang awam memaklumkan yang mereka sedang perhatikan dari jauh seorang pelakon bernama Tasha Shilla di salah sebuah pusat hiburan terkenal.

Cerita yang kami terima, Tasha Shilla yang baru pulang dari Perth, Australia ketika itu sedang asyik dengan parti meraikan hari lahir beliau yang ke 25.

Yang juga kebetulan jatuh pada 25 Januari setiap tahun. Itu fakta kecil, menurut saksi kami Tasha Shilla bukan setakat hadir untuk meraikan hari lahir seperti orang lain, beliau turut menari ala pole dancing di’pusat hiburan tersebut tanpa menghiraukan hadirin. 

Kami cuba menghubungi Tasha Shilla pagi ini untuk mendapatkan pengesahan tentang gossip liar ini, namun beliau memberikan alasan terlalu sibuk menjalani pengambaran untuk menjawab sebarang soalan kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>