fbpx

Gossip: Jue Aziz Pernah Tunggu Luar Premis Hiburan, Dambakan Cinta Johan Asari?

Mana mungkin lengkap pagi anda semua tanpa dos gossip hiburan selebriti tempatan kita.

Hari ini kami tampilkan kisah Jue Aziz yang kini sedang hangat dengan penglibatan beliau dalam teater Semerah Padi.

Kami sempat untuk menghadiri sessi ketiga pementasan teater ini dan anda yang berminat boleh membeli tiket secepat mungkin kerana ia’nya hanya akan di’pentaskan sehingga 31 Disember 2011 sahaja.

Beberapa minggu yang lalu, kami ada terdengar bisik bisik dari sumber terapat Jue Aziz yang mengatakan aktress ini pernah menunggu kehadiran pelakon remaja yang popular menerusi drama bersiri, Juvana Johan Asari di luar sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Selain khabar tentang Jue Aziz ini, terkejut juga kami dengan cerita Johan Asari kini sudah berjinak jinak ke pusat hiburan. Tidak mengapa, itu kisah lain.

Selepas tamat pementasan teater Semerah Padi, kami ada kesempatan untuk bertanyakan gossip ini dan anda boleh saksikan sendiri reaksi Jue Aziz yang seakan terkejut dan seperti menyorokkan sesuatu. Heh.