fbpx

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke 26 (FFM 26)

Hujung minggu lalu, telah berlangsung Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) di Seremban yang menyaksikan filem arahan Nik Amir Mustapha berjudul KIL telah diangkat sebagai filem terbaik menewaskan saingan terdekat, Penanggal.

Menerusi filem itu juga Cristina Suzanne berjaya merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita dan poster filem itu juga berjaya membawa pulang Poster Terbaik.

Lisa Surihani pula berjaya membawa pulang gelaran Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Istanbul Aku Datang manakala Pelakon Lelaki Terbaik dirangkul oleh Rusdi Ramli menerusi lakonan beliau dalam filem Tanda Putera.

Filem Tanda Putera juga berjaya merangkul Anugerah Kesan Khas Terbaik pada majlis tersebut.

Berikut merupakan gambar para selebriti yang hadir ke majlis kemuncak Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) tersebut untuk tatapan dan rujukan fesyen anda. Enjoice! (rtky/m)