fbpx

Gambar: Sekitar Sambutan Hari Lahir Nur Fazura, Akan Buka Cawangan Butik

Gambar: Sekitar Sambutan Hari Lahir Nur Fazura, Akan Buka Cawangan ButikSebenarnya jika mengikut kenyataan Nur Fazura melalui akaun Twitter, ini merupakan sambutan hari lahir yang di’anjurkan awal oleh rakan beliau hujung minggu lalu.

Tarikh ulangtahun kelahiran Nur Fazura sebenarnya jatuh pada 27 September & anda ada banyak masa lagi untuk persiapkan ucapan untuk pelakon popular ini. Heh.

Bercakap kepada media baru baru ini, Nur Fazura berkata yang beliau akan tampil dalam filem terbaru berjudul Kami Histeria Glamor Sampai Nak Mati tidak lama lagi.

Selain daripada kembali ke layar perak, Nur Fazura juga sedang merancang untuk membuka cawangan baru untuk butik’nya, House of Dolls sebagai langkah kembangkan perniagaan.

Itu sahaja perkembangan pelakon ini yang kami ketahui & untuk anda semua, beberapa keping gambar sekitar majlis hujung minggu lalu untuk di’tatap hari ini. Enjoice!

 

 

Kredit Foto: Cipot Redz