fbpx

Gambar Sekitar Sambutan Birthday Anak Fasha Sandha, Jemyma

Comel sungguh sambutan hari lahir kedua buat anak kedua Fasha Sandha iaitu Putri Raysha Jemyma. Bertemakan warna merah, majlis tersebut turut diraikan sama oleh bekas suami Fasha, Jejai.

BACA: Didekati Lelaki, Fasha Sandha Belum Sedia Kahwin Lagi

20-gambar-sekitar-sambutan-birthday-anak-fasha-sandha-jemyma-rotikaya

Namun apa yang menarik adalah luahan hati Jejai di Instagram yang menceritakan betapa dia merindui saat Jemyma masih lagi kecil dan kini, anak hasil perkahwinannya dan Fasha itu sudah menjejak usia 2 tahun.

Antara luahan hati Jejai yang pastinya menyentuh perasaan setiap insan bergelar ibu bapa adalah apabila Jejai merindukan saat saat anak perempuannya itu ketika masih lagi bayi. Malah sebagai seorang bapa juga, Jejai mengharapkan yang terbaik buat cahaya mata kesayangannya itu di masa hadapan.

Selain itu, ada juga peminat Fasha yang kagum dengan hubungan pelakon wanita tersebut dan juga suami yang masih boleh sama sama menyambut hari istimewa cahaya mata mereka walaupun mereka tidak lagi bersama – dan pastinya perkara tersebut adalah sesuatu yang jarang terjadi.

Kami kongsikan beberapa keping gambar kemeriahan sepanjang majlis sambutan hari lahir Jemyma berlangsung. Majlis itu juga turut dihadiri beberapa rakan selebriti dan dimeriahkan dengan sokongan kelab peminat Fasha. Enjoice!

Gambar Ihsan: wlfs_fc