fbpx

Gambar Sekitar Percutian Erin Malek Di Dubai & London

Sejuk mata memandang melihatkan gambar gambar percutian Erin Malek bersama suami dan juga anak sulung mereka, Faliq. Melalui perkongsian gambar di Instagram pasangan ini, mereka telah pun menjelajah ke Dubai dan juga London bersama.

BACA: Erin Malek Sahkan Hamil Cahaya Mata Kedua

Pasangan yang selamat dinikahkan pada 10 Oktober 2014 itu juga dilihat turut meraikan ulangtahun kedua perkahwinan mereka beberapa minggu sebelum bercuti bersama.

Malah baru baru ini juga Erin menyatakan bahawa dia sudah pun mengandung cahaya mata kedua. Perkara ini sekaligus membuatkan para peminat tidak sabar-sabar untuk menantikan kehadiran insan baru dalam keluarga selebriti kesayangan mereka ini.

Semoga perancangan pasangan ini akan dipermudahkan. Erin pun dalam masa yang sama diharap dapat menjaga kesihatan sepanjang mengandung. Apa pun, kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar mereka ketika bercuti. Enjoice!