Oleh RotiKaya Staff pada
04 May 2013, 3:05PM

Bertempat di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur hari ini Jehan Miskin sah bergelar suami kepada gadis pilihan Julie Camelia Rhee sekitar jam 2.40 petang dengan dua kali lafaz.

Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran berbalas tiga dulang juga daripada pihak perempuan yang antaranya komputer riba jenama Apple, set beg Braun Buffel & set mandian.

BACA: Gambar Pra Perkahwinan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee

Mas kahwin untuk pengantin perempuan berjumlah RM12,000 dan mereka di’ijabkabulkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad.

Related
Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...