fbpx

Gambar Resepsi Akim & Stacy Gaya Tradisional Kadazan

Tahniah buat pasangan pengantin baru ini yang baru saja bergelar suami isteri pada 5 Februari lalu. Memang seronok dan teruja betul peminat Akim Ahmad dan juga Stacy AF apabila selebriti kesayangan mereka ini bersatu secara sah.

BACA: Akim Ahmad, Stacy AF Selamat Diijabkabul

Malah lebih manis lagi, gambar resepsi Akim dan juga Stacy dalam persalinan tradisional Kadazandusun juga turut mencuit hati peminat mereka. Pasangan Akim dan Stacy mengadakan satu lagi majlis resepsi mengikut adat Sabah di Dewan Kebudayaan Penampang, Sabah.

Apa pun, semoga ikatan perhubungan antara Akim dan juga Stacy akan kekal sehingga ke Jannah. Kami kongsikan kepada anda yang masih lagi bercuti sempena Chinese New Year dan selamat bekerja esok. (rtky/s)