fbpx

Gambar: Muzik Jason Mraz Pukau Peminat Di Stadium Merdeka, KL

Gambar: Muzik Jason Mraz Pukau Peminat Di Stadium Merdeka, KL

Malam tadi berlangsung’nya sebuah konsert yang kami kira antara yang terbaik di’anjurkan di Malaysia untuk tahun 2012 ini & ya, Jason Mraz sangat menghiburkan di’atas pentas.

Malaysia merupakan salah satu destinasi Asia untuk siri konsert Tour Is A Four Letter Word yang tujuan utamanya untuk mempromosikan album terbaru Jason Mraz berjudul Love Is A Four Letter Word.

Kenapa kami katakan ini antara konsert terbaik? Segalanya berkaitan konsert ini memang di’rancang teliti & kualiti daripada itu memang dapat penonton rasai. Bukan sekadar vokal & persembahan mantap Jason Mraz bersama anggota pemuzik berbakat pelbagai di’atas pentas.

Audio, visual, perjalanan konsert, tenaga mereka yang berada di’atas pentas, pemilihan lagu memang berbeza daripada konsert pertama beliau di’sini sekitar tahun 2009 dahulu. Lebih relaks.

Membariskan lagu lagu popular beliau seperti Remedy, I’m Yours, Lucky, A Beautiful Mess dan karya terbaru daripada album Love Is A Four Letter Word seperti 93 Million Miles dan I Won’t Give Up hadirin yang ada nyata terhibur & berpuas hati dengan konsert di Stadium Merdeka malam tadi.

Terima kasih buat Warner Music Malaysia kerana menjemput kami menikmati muzik penuh jiwa Jason Mraz & atas gambar gambar menarik untuk tatapan anda semua di’bawah ini. Semoga ada peluang lagi Jason Mraz untuk turun ke Malaysia menghiburkan kita semua. Heh.