Oleh RotiKaya Staff pada
02 May 2012, 12:05AM

Pentas pertarungan Showdown 2012 akan bermula tepat jam 9.30 malam ini dan jika anda belum mula mengenali siapakah 12 kumpulan yang menjadi finalist kali ini, entri ini khas untuk anda.

12 kumpulan yang berjaya melayakkan diri ke musim ketiga pertandingan tarian paling popular ini ialah Dem Lepak Boyz, D’vol Blacky Wacky, E.G.S Monster, Inversion, Kitta Move, Project Elementz, Soulgang, Soul Krazy, Syko Breakerz Crew, The Hype, Walawei dan We Taking Over.

Showdown 2012 bakal menampilkan kelainan dengan membawa masuk Shay Normann, salah seorang penari untuk bintang Hollywood, Madonna ke 8TV sebagai juri jemputan untuk program yang bermula 2 Mei 2012 ini — selain Marcus Tucker yang juga bakal terlibat sebagai juri jemputan.

Pemenang Showdown 2012 bukan hanya akan meraih wang tunai RM50,000 malah mereka juga akan menyertai bengkel The Urban Dance Camp di Lorrach, Jerman selama seminggu sebagai pendedahan khas yang bernilai lebih kurang RM200,000.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...