fbpx

Gambar: Fasha Sandha Enggan Komen Kisah Kahwin, Hilang Kereta Mewah

Bijak bukan kami satu’kan dua cerita dalam satu entri — atau yang sebenarnya kami ini pemalas di’hujung minggu indah sebegini.

Semalam ketika berlangsung’nya sidang media filem Penanggal, kami sempat bertemu mata dengan aktress sensasi Malaysia yang juga salah seorang pelakon filem tersebut, Fasha Sandha.

Apa lagi soalan yang lebih molek selain gossip perkahwinan gadis ini bersama Rizal Ashram (Jejai) yang di’khabarkan berlangsung sekitar Mac 2012 nanti.

Fasha Sandha berkata beliau enggan untuk komen lebih lanjut tentang perihal tersebut dan menyerahkan kepada takdir untuk menentukan jodoh beliau dengan sesiapa pun. Sangat classy jawapan kamu Fasha Sandha.

Dalam pertemuan yang sama juga, Fasha Sandha mengakui yang kereta mewah beliau model BMW 325i telah hilang di sekitar Wangsa Maju baru baru ini namun isu ini juga tidak mahu beliau komen panjang.

Seronok tahu jadi kamu Fasha Sandha, pihak media sudah harap maklum yang kamu ini selebriti ‘no comment‘ dan jawapan itu tetap juga di’terima. Kekalkan nilai eksklusif kenyataan kamu itu ya. Kami suka.