fbpx

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Bersama Azza Dan Watie Elite

Selepas di’landa kontroversi sekitar penghujung tahun lalu kerana menyorokkan pernikahan mereka daripada pengetahuan peminat juga pihak media, Watie Elite & Joey hari ini di’raikan secara rasmi sebagai pasangan pengantin baru.

Yang menjadi kejutan buat kami (kami sahaja rasa’nya yang tidak tahu), majlis resepsi perkahwinan yang berlangsung di Bangi, Selangor ini turut meraikan Azza Elite & pasangan, Azlan.

Majlis resepsi untuk kedua dua pasangan ini di’adakan di’kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir mengikut maklumat awal yang kami terima.

Azza Elite & Azlan bernikah setikar awal April 2012 yang lalu dan sehingga ke hari ini pihak media mahu pun peminat tidak mengetahui bilakah tarikh pernikahan Watie Elite & Joey.

Gambar gambar di’bawah di’bawakan kepada anda oleh wartawan Utusan Malaysia yang kini sedang berada di lokasi berlangsung’nya majlis resepsi perkahwinan Watie & Azza Elite bersama pasangan mereka.