fbpx

Gambar: Datuk Siti Nurhaliza & Adik Mia Sara Sebagai Cover URTV Terbaru

Kami nobatkan ini sebagai cover majalah paling cute untuk tahun 2011 — setakat ini.

Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini telah di’gandingkan bersama superstar cilik, Mia Sara untuk URTV keluaran terbaru.

Kami cuma mampu dapatkan gambar cover mereka yang kecil ini, itu pun melalui Utusan Malaysia keluaran hari ini.

Antara kisah sensasi yang di’kupas URTV terbaru ini ialah isu yang di’hadapi Mia Sara berkaitan dengan seseorang yang tidak membayar pelakon kecil ini dengan betul. Bayaran apa?

Mata kami juga tertangkap satu ayat yang menyatakan penyanyi nan hado Azharina kini memiliki rumah berharga lebih setengah juta. Kau mampu?

Dapatkan URTV keluaran terbaru anda denagn hanya RM3.50 hari ini dan jangan lupa kongsikan gambar Datuk Siti Nurhaliza bersama adik Mia Sara.