Gambar: Al Lucky Laki, Anak Ahmad Dhani & Maia Di Parti Sambut Halloween | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
08 November 2011, 11:11PM

Jika kita di Malaysia ini sedang heboh dengan isu gambar cium & bikini Nabila Huda — di Indonesia juga ada isu serupa, penangan sambutan Halloween.

Beberapa hari lalu, satu set gambar tersebar ke internet menunjukkan anak lelaki kepada bekas pasangan suami isteri Ahmad Dhani & Maia yang sedang leka berpesta Halloween.

Lebih menarik, sambutan Halloween yang di’anjurkan oleh Al Lucky Laki ini di’adakan di kediaman ibunya sendiri di Pasar Minggu, Jakarta Selatan.

Ahmad Dhani yang di’temui wartawan KapanLagi.com jelas menuding jari kepada bekas isterinya, Maia Estianty yang di’katakan sebagai pengaruh besar kepada kelakuan Al Lucky Laki sekarang.

“Hendak berikan alasan apa lagi? Saya pernah lihat depan mata saya sendiri yang ibu’nya merokok di’hadapan anak anak. Jangan cuba salahkan perkara yang lain. Ini masalah moral,” ujar Ahmad Dhani.

“Saya boleh anggap ini perkara biasa kalau terjadi di’tempat lain — ini di’kediaman ibu’nya sendiri. Bagaimana saya boleh percayakan Maia untuk mendidik anak anak saya?”

Dalam laporan sebelum ini, Ahmad Dhani berkata beliau membenarkan anak lelaki berusia 14 tahun itu untuk menyambut Halloween di kediaman Maia namun tidak menyangka perkara ini akan terjadi.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...