fbpx

Fizz Fairuz Masih Bersama Almy Nadia, Bakal Buka Restoran Nur Kasih

Perlahan sikit dunia gossip Malaysia dua tiga hari ini. Mengantuk kami di’buatnya menunggu kisah sensasi.

Menerusi Berita Harian, Fizz Fairuz hari ini bercerita perkembangan terbaru dirinya terutama hubungan cinta & perancangan masa hadapan.

Fizz Fairuz yang baru baru ini di’kaitkan dengan pelakon siri TV popular Juvana, Izreen Azminda menegaskan yang hubungan beliau dengan Almy Nadia masih utuh.

Beliau mengatakan yang hubungan mereka masih berjalan seperti biasa & agak bosan dengan kontroversi yang tidak berasas.

Namun apabila di’tanya tentang perkahwinan, Fizz Fairuz berkata mungkin tahun hadapan dan mahu memberi ruang kepada Almy Nadia mencipta nama sebagai pelakon terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Fizz Fairuz mengakui yang beliau sudah tidak terlibat & serik dengan perniagaan keluarga di Pahang.

Beliau merancang untuk membuka restoran Nur Kasih di Mont Kiara tidak lama lagi & akan mengekalkan menu masakan Melayu di kawasan elit itu.