fbpx

Fizz Fairuz Dedah Wajah Anak Selepas 44 Hari

Debaran untuk bergelar bapa semakin terasa buat Fizz Fairuz kerana Almy Nadia dijangkakan akan bersalin (dijangkakan bayi perempuan) pada 27 Februari depan.

BACA: Dilantik Jadi Duta, Fizz Fairuz Anggap Rezeki Anak

Mengakui dia dan Almy kini sudah membuat persiapan secukupnya bagi menyambut cahaya mata sulung mereka, Fizz juga memberitahu bahawa mereka tidak akan mendedahkan wajah anak sehingga tempoh berpantang habis iaitu selama 44 hari.

“Bukan hendak sorok, lagipun sebelum ini kami sudah beritahu yang kami berkahwin, akan timang cahaya mata dan tentunya umum ingin tahu pekembangan seterusnya. Memang kami akan kongsikan gambar anak tapi seelok-eloknya bak kata orang tua-tua, biarlah sehingga Almy habis berpantang dulu.

“Saya ada bertanyakan kepada doktor, boleh atau tidak bayi yang belum cukup 44 hari kena ‘flash’, doktor kata, terpulang pada kami. Kata doktor, kadang-kadang kita pun tidak tahu sama ada ‘flash’ itu ada bakteria atau tidak,” katanya.

Selain itu, Fizz menambah, dia turut bertanyakan kepada ibu dan kakaknya mengenai penjagaan bayi sebagai salah satu persediaan buat dirinya untuk menyambut anak sulung.

Kami tidak sabar untuk melihat Fizz mendukung cahaya mata pertamanya nanti dan pastinya kehadiran anak sulung yang belum difikirkan nama itu nanti bakal menambah seri di dalam keluarga ini. (rtky/syfq)