fbpx

Filem Hantu Kapcai Kutip RM2 Juta Dalam Masa 96 Jam, Rekod Baru KRU?

Sebenarnya kami sendiri baru sempat menonton filem terbaru terbitan anak syarikat KRU Studios ini hari ini dan ya, panggung hampir penuh dengan peminat filem tempatan.

Dalam sebuah artikel di Berita Harian terbitan Ahad, sumber pawagam ada memberitahu yang Hantu Kapcai sehingga hari semalam telah berjaya mengutip RM2 juta.

Mula di’tayangkan Khamis lalu, angka kutipan ini sebenarnya jauh lebih hebat berbanding filem terbitan KRU sebelum ini 29 Februari yang hanya berjaya mengutip RM500,000.

Dalam suasana industri perfileman yang sebenarnya suram, Hantu Kapcai berjaya buktikan yang pihak produksi masih tahu selera & apa yang di’inginkan penonton filem.

Kalau anda tanyakan kepada kami, percubaan kali pertama Showbiz Productions dalam memenuhi selera ringan penonton sebenarnya berjaya menerusi filem Hantu Kapcai ini.

Tahniah buat pengarah Ghaz Abu Bakar juga KRU Studios yang berani bertaruh membawakan filem berbentuk sebegini kepada khalayak — tidaklah monopoli filem ringan ini terjadi dengan pihak sebelah sana sahaja. Heh.