fbpx

Fasha Sandha & Rizal Ashram: Sekali Lagi Dikatakan Berkahwin

Semalam (15 Julai), Harian Metro ada mendedahkan yang Fasha Sandha sudah mula secara terang-terangan menunjukkan hubungan beliau dengan Rizal Ashram.

Rizal Ashram yang juga bekas suami Nora Danish memang selama ini hebat di’kaitkan dengan Fasha Sandha tetapi kedua-dua mereka menafikan.

Berkali-kali juga media Malaysia secara online & offline mengeluarkan gossip bahawa kedua mereka ini sudah berkahwin namun sehingga hari ini tiada kesahihan.

Kali ini, sekali lagi ada sumber yang menyatakan pasangan ini baru sahaja berkahwin & berita ini masih baru. Sumber masih belum dapat memastikan kesahihan berita ini.

Well, aku tunggu sahaja perkembangan berita ini. Jika benar, bergegar sekali lagi dunia hiburan Malaysia.