fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.286)

VIDEO HARI INI: Jika anda salah seorang peminat biskut Oreo tetapi tidak gemarkan krim yang datang dengan’nya, lelaki ini telah membina sebuah mesin khas untuk memudahkan tabiat makan Oreo anda.

Selepas berjaya meraih Grammy & memenangi anugerah Oscar baru baru ini, Adele menunjukkan minat untuk merakamkan filem dokumentari sendiri seperti yang di’lakukan oleh Beyonce sebelum ini. – Billboard

Seorang remaja yang telah bergelar Miss Delaware Teen USA, Melissa King membuat keputusan untuk memulangkan balik gelaran tersebut selepas video seks beliau timbul di’internet. – TMZ

Bintang siri TV How I Met Your Mother, Jason Segel dengan senyap telah memutuskan hubungan cinta dengan Michelle Williams yang juga aktress dengan alasan jarak jauh menjadi masalah utama. – US Weekly

Gossip hangat di Korea ketika ini adalah kisah ahli SNSD (Girls Generation), Sooyoung kini di’khabarkan sedang hangat bercinta dengan Jung Kyung Ho sejak awal tahun yang lalu. – allkpop

Shaheizy Sam berkata yang beliau bertekad untuk mengurangkan aktiviti berlakon untuk memberikan tumpuan menghidupkan semula kumpulan nyanyian beliau M.O.B & sudah merakam tiga lagu baru. – mStar Online