fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.285)

VIDEO HARI INI: Tiada kaitan dengan hiburan, video ini ada menunjukkan penggunaan peranti boleh pakai yang boleh di’guna untuk memudahkan urusan seharian. Skrin sesentuh sangat 2007 tahu?

Menjelaskan tarikh sebenar perkahwinan, Rozita Che Wan mendakwa yang wartawan akhbar tersebut sendiri mencadangkan tarikh pada Julai 2013 sedangkan ianya tiada kena mengena. – Murai

Menerima kritikan hebat semasa memberikan ucapan pada majlis majlis anugerah sebelum ini, Anne Hathaway sebenarnya berusaha kerasa untuk memastikan ucapan di Oscar boleh di’terima ramai. – US Weekly

Bintang lagenda Hollywood, Audrey Hepburn telah di’hidupkan semula oleh industri pengiklanan untuk membintangi iklan terbaru jenama coklat Galaxy di Eropah. – ET Online

Kumpulan kpop wanita terbaru YG Entertainment yang bakal di’anggotai oleh Kim Ji Soo dan Kim Jenny telah di’tunda sehingga selepas musim panas daripada jadual asal sekitar Januari lalu. – Soompi

Janet Jackson baru baru ini mendedahkan yang beliau sebenarnya sudah setahun berkahwin secara rahsia dengan hartawan Wissam Al Mana dalam sebuah majlis tertutup & indah. – Gossip Cop