fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.268)

VIDEO HARI INI: Samsung lancarkan iklan terbaru untuk tayangan di Super Bowl Ahad menampilkan Seth Rogen & Paul Rudd, angkat isu saman dari Apple dan trademark. Heh.

Psy sekali lagi membuktikan pengaruh beliau selepas memenangi Daesang Award, pencapaian tertinggi dalam Seoul Music Awards kali ke 22 yang berlangsung semalam. – allkpop

Marvel Studios telah lancarkan poster terbaru serta satu teaser terbaru berdurasi 10 saat untuk filem Iron Man 3 sebelum menyiarkan trailer penuh di Spuer Bowl Ahad ini. – Entertainment Weekly

Bercakap dalam temubual majalah baru baru ini, John Mayer mengakui dirinya kini dalam keadaan bahagia & gembira kerana hubungan sihat dengan Katy Perry. Tunggu apa? Kahwin. – US Weekly

Pelakon Dalam Hati Ada Taman, Elfira Loy naik angin dengan satu individu yang menyamar sebagai dirinya di laman sosial Twitter. – Sinar Harian

Kalau anda belum tahu, Alicia Keys telah di’lantik sebagai Global Creative Director untuk Blackberry tetapi nampaknya penyanyi ini lebih banyak gunakan iPhone keluaran Apple. Heh. – Gizmodo