fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.186)

Barack Obama, Ryan Seacrest & juga Richard Branson antara selebriti yang memberikan penghormatan terakhir mereka buat Neil Armstrong yang telah tinggalkan kita semua dua hari lalu. RIP Neil Armstrong. – The Hollywood Reporter

Kerana kontroversi gambar bogel beliau di Las Vegas baru baru ini, Putera Harry telah menutup akaun Facebook beliau yang menggunakan nama samaran Spike Wells dan mempunyai kira kira 400 'rakan'. – The Daily Beast

Aktress yang semakin laris di kaca televisyen hari ini, Anzalna Nasir mengakui yang diri'nya tidak boleh berenggang dengan kekasih hati, Hanif Zaki. Kahwin cepat? – mStar Online

Dunia terkejut dengan berita pertunangan mereka dan terbaru Chad Kroeger di'katakan sebenarnya mengambil keputusan meninggalkan kekasih beliau untuk bersama dengan Avril Lavigne (gambar). Kisah klasik. – The Sun

Hollywood mampu simpan rekod sebegini & menurut mereka, ini merupakan pertama kali Jessica Alba tampil dengan gaya rambut blonde dalam masa tiga tahun. Kita tidak pernah ingat gaya rambut selebriti tempatan. Heh. – People

VIDEO HARI INI: Alang alang kita semua kini sedang di'landa demam Gangnam Style, Fly FM semalam tampil dengan versi mereka sendiri yang mereka panggil Super Kampung Style.

zp8497586rq