Oleh RotiKaya Staff pada
04 May 2012, 12:05AM

Filem Hollywood terdekat yang kami tunggu selepas tamat deman The Avengers adalah Men In Black III (MIB3) yang bakal ke’pawagam bermula 25 Mei 2012 ini dan ini merupakan klip terbaru yang beredar di’internet. – Huffington Post

Seperti di’rancang Scarlett Johansson yang sedang popular sebagai Black Widow dalam filem The Avengers semalam telah menerima penghargaan bintang di Walk of Fame, Hollywood dan beliau merupakan penerima ke 2,470. – The Sun

Sekeping senarai nama mereka yang terlibat dalam album antarabangsa pertama Agnes Monica melihatkan yang idola Indonesia ini bakal bekerjasama dengan Timbaland selaku penerbit & duet bersama Beyonce, Britney Spears & Justin Timberlake. Perghh. – Kapan Lagi

Pasangan yang sedang di’nanti untuk berumahtangga Brad Pitt & Angelina Jolie hari ini di’khabarkan telah membeli sebuah rumah mewah di London, UK dengan harga US$16 juta dan sebelum ini pernah menyewa rumah mewah ini dengan kadar US$50,000 sebulan. – People

Sebagai hiburan semata mata untuk anda di’hujung hari bekerja ini, ini barisan 20 gambar terhangat Cobie Smulders (gambar) yang kalau anda pernah lihat popular melalui drama siri TV How I Met Your Mother. High five skrin komputer anda kalau anda peminat. – Heavy

VIDEO HARI INI: Tidak berkait secara langsung dengan hiburan tetapi video ini menunjukkan betapa sukar’nya untuk anda memandu dengan selamat jika anda menggunakan MMS, SMS, BBM, Twitter, Facebook, Instagram, 9GAG & Rotikaya dalam masa yang sama.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...