Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.106) | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
02 May 2012, 12:05AM

Dunia sekarang memang di’landa demam The Avengers, kecuali Amerika Syarikat. Kasihan mereka & Mark Ruffalo telah mendapat lampu hijau untuk melakonkan watak Hulk untuk enam buah filem lagi selepas ini.Ka-ching! – Guardian

Selepas beberapa selebriti Indonesia menuntut permohonan maaf, Justin Bieber menulis melalui Twitter rasmi beliau mengatakan semua dakwaan tersebut sebagai tidak benar & beliau sayangkan semua peminat. Biasa. – Telegraph

Berita agak menyedihkan. Pelakon komedi popular Hollywood, Martin Lawrence di’khabarkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isteri’nya Shamicka Lawrence yang di’kahwini sekitar Julai 2010. – Yahoo News

Kumpulan heavy metal yang baru sahaja selesai membuat persembahan di Malaysia , Avenged Sevenfold di’khabarkan membatalkan konsert mereka di Jakarta, Indonesia yang di’jadualkan hari ini atas alasan keselamatan. – Kapan Lagi

Emma Watson (gambar) merupakan bintang terbaru yang mengesahkan bakal terlibat dalam filem komedi arahan Seth Rogen, The End of the World selain James Franco, Jonah Hill, Craig Robinson & mungkin Rihanna. Epik! – Huffington Post 

VIDEO HARI INI: Anda mungkin selalu mendengar lagu ini melalui TV3 tetapi sakit kepala mencari apakah & siapakah gerangan penyanyi lagu berjiwa remaja ini. Ini iFarah dengan lagu Gula Gula Getah.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>