fbpx

Erra Fazira: Tidak Manis Untuk Saya Jaja Kisah Cinta

Kalau diikut perkembangan Erra Fazira, para peminat sering bercakap tentang kisah cintanya dan setiap kali ada sahaja gossip mengatakan beliau kini sedang bercinta dengan individu tertentu. Beberapa bulan lalu, pelakon ini sendiri mengakui sudah mempunyai teman istimewa.

Namun sehingga hari ini, Erra Fazira masih tidak mahu mendedahkan identiti kekasihnya itu dan membuatkan para peminat terus tertanya tanya. Erra Fazira nampaknya mempunyai alasan sendiri tidak terlalu bercakap tentang hubungan cintanya.

BACA: Erra Fazira Akui Sudah Punyai Teman Istimewa, Rahsiakan Identiti

“Tidak molek rasanya dengan status dan usia saya sekarang untuk mencanang soal percintaan tambahan pula saya pihak wanita.Saya juga bimbang sekiranya keluar pelbagai kenyataan ia akan memakan diri sendiri sekiranya ada apa-apa berlaku nanti,” ujarnya kepada mStar Online hari ini.

Erra Fazira turut mengakui yang pendedahan beliau sedang bercinta sebelum ini sebenarnya untuk menutup beberapa spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan beberapa individu lain termasuk seorang rakan artis dan VVIP.

“Sebelum ini saya sering dikaitkan dengan pelbagai individu dan ia menimbulkan banyak salah faham walaupun ia tidak benar.Penjelasan mengenai dengan siapa saya sedang berkawan sebenarnya dapat menghentikan segala spekulasi,” tambahnya lagi. (rtky/m)