fbpx

Erra Fazira Dan Bekas Suami Sambut Birthday Aleesya Bersama

Ini sesuatu yang suka kami lihat, walaupun sudah tidak bersama namun pasangan Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran tidak sesekali menjadikan perkara sebagai halangan untuk meraikan hari hari bahagia lebih lebih lagi untuk anak mereka bersama.

Baru baru ini Erra Fazira dan Engku Emran telah sama sama meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-6 anak mereka, Engku Aleesya dan mereka telah menganjurkan satu majlis sambutan penuh meriah untuk puteri kesayangan mereka itu.

BACA: Erra Fazira Akui Punya Teman Tapi Mesra, Bukan VVIP

Menerusi beberapa keping gambar yang dikirimkan oleh kelab peminat Erra Fazira, Aleesya hadir sebagai puteri diiringi oleh ibunya yang mengenakan persalinan ala permaisuri dan bapanya walaupun kasual, masih nampak imej seorang raja.

Majlis sambutan ulangtahun kelahiran Aleesya ini turut dimeriahkan dengan kehadiran keluarga terdekat dan juga rakan artis seperti Norman Hakim, Memey Suhaiza, Umie Aida, Amy Search dan Zahida Rafik. Gambar seperti biasa untuk tatapan anda di bawah. Enjoice! (rtky/m)