fbpx

Diana Danielle: Saya Selamat Je Bersalin Dalam Air

Berikutan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menetapkan beberapa garis panduan untuk ibu yang ingin menggunakan kaedah bersalin dalam air, Diana Danielle berpendapat tiada sebab keadah itu harus dihalang untuk digunakan didalam negara ini. Malah beliau sendiri menggunakan kaedah itu sebanyak dua kali dan melaluinya dengan selamat.

BACA: Diana Danielle Rela Beli Baju Pasar Malam Demi Anak

“Selepas dua kali saya melahirkan anak melalui kaedah ini, saya sendiri merasakan tidak ada sebarang masalah untuk terus mengamalkan kaedah ini bagi kelahiran anak-anak kami yang seterusnya pada masa depan. Saya lebih selesa dengan kaedah bersalin dalam air dan tidak ada sebab untuk kaedah ini dihalang untuk dilaksanakan dalam negara kita”

“Saya dijaga rapi seorang doktor berpengalaman. Malah saya percaya doktor juga akan memastikan seseorang ibu itu mampu melalui kaedah ini sebelum membenarkan prosedur ini dijalankan. Ia suatu kaedah yang selamat kerana saya dan anak-anak sehingga hari ini tidak berdepan dengan sebarang masalah,” katanya kepada Projek MMO berhubung perkara itu.

Terdahulu, Ketua pengarah kesihatan menetapkan pihak hospital yang mahu menawarkan perkhidmatan bersalin dalam air perlu memenuhi beberapa garis panduan yang ditetapkan pakar. Sekiranya pihak berkuasa berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan, maka pihak hospital boleh menawarkan perkhidmatan ini kepada orang ramai.

Tambahnya lagi, antara kriteria yang dicadangkan adalah perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada ibu yang tidak mempunyai sebarang komplikasi semasa bersalin. Selain itu, pihak hospital juga perlu berupaya menghadapi situasi kecemasan yang mungkin berpeluang berlaku terhadap ibu ataupun bayi semasa proses bersalin dijalankan. (rkyt/w)