fbpx

Diana Amir Sah Bergelar Isteri Habib Bullah

Sekitar jam 9.30 malam tadi, Diana Amir telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana tetapi meriah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.

Pasangan yang mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail ini selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 malam.

Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di Wisma Metrowealth.

Pihak perempuan menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000. Pasangan ini belum lagi memutuskan tarikh dan lokasi berbulan madu dek kesibukan masa. Tahniah buat Diana Amir & pasangan!