fbpx

Ini memang sesuatu yang kami di Rotikaya HQ nantikan. Lagu baru Yuna yang di’pasarkan khas di Amerika Syarikat sana.

Beberapa hari lalu, sebuah laman web tidak rasmi The Neptunes — kumpulan yang di’anggotai oleh Pharrell Williams — mengirimkan buah tangan terbaru mereka.

Lagu berjudul Live Your Life yang di’rakamkan di studio ini antara lima buah lagu yang terkandung dalam projek kolaborasi Pharrell Williams & Yuna.

Anda boleh dengarkan lagu baru Yuna selepas ini dan untuk kami, walaupun konsep keseluruhan lagu ini sesuatu yang baru untuk Yuna, kami percaya lagu dengan susunan sebegini memang menjadi citarasa di Amerika Syarikat — lebih lebih lagi dengan penglibatan Pharrell Williams.

Tulis panjang pun tiada berguna kerana berbakul lagi limau mandarin yang ada perlu kami habiskan. Dengar & tinggalkan komen anda.