fbpx

David Teo Tahu Dalang Isu Gambar Bogel

Baru sahaja tempoh hari ingin mencari dalang kepada penyebaran gambar bogel artis dibawah naungan syarikatnya, kini David Teo nampaknya seperti sudah mengetahui identiti individu terbabit apabila beliau bertindak memberi amaran kepada individu itu, malah David juga mempunyai beberapa bukti kukuh yang boleh mendakwa individu terbabit ke muka pengadilan.

BACA: Isu Gambar Bogel: David Teo Mahu Cari Tukang Sebar

“Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan terhadap anda. Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas. Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya”

“Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas terhadap kontroversi yang tercetus pada tempoh lalu. Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat kesilapan,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan penyebaran gambar bogel Atikah Suhaime dan Idris Khan oleh individu yang dikenalinya.

Sebelum ini, David dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya, Metrowealth International Group (MIG) akan berusaha untuk mencari bukti serta dalang disebalik penyebaran gambar itu. Malah, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan demi mempertahankan maruah Atikah dan Idris selepas gambar lucah itu mula tersebar. (rkty/w)