fbpx

Amaran, ini adalah berita slowpoke — 144 jam punya perlahan untuk kami sampaikan kepada anda semua, kalau ada yang belum tahu.

Zizie Ezette nampaknya maju setapak lagi dalam hidup apabila secara sah bergelar Datin selepas Bung Mokhtar menceraikan isteri pertama.

Perkahwinan Bung Mokhtar bersama Nor Asidah Alimuddin berakhir di’katakan berpunca dari sang suami sendiri yang mungkir janji untuk tidak menghebahkan perkahwinan bersama Zizie Ezette.

Namun perkahwinan Bung Mokhtar & Zizie Ezette menjadi isu besar negara sekitar penghujung 2009 yang lalu dan Nor Asidah Alimuddin menganggap ini sebagai satu mungkir janji.

Kami jadi serba salah sama ada ingin ucapkan tahniah kepada Zizie Ezette atas gelaran datin ini — maklumlah, terbina atas keruntuhan masjid yang satu lagi. Apa pun, semoga berbahagia hendaknya.