fbpx

Panjang sungguh tajuk entri hujung minggu ini. Peduli pula kami. Baru baru ini menerusi akaun Instagram beliau, Emma Maembong telah memuat naik sebuah video berdurasi 15 saat yang dipenuhi dengan muka kekasihnya, Zizan Razak.

Mungkin sekadar ingin bergurau atau membuli kekasih hatinya itu, Emma Maembong telah meminta Zizan Razak untuk melafazkan kata sayang sekuat hati supaya satu kedai mampu dengar ‘perasaan’ mereka yang sedang di’lamun cinta.

Anda boleh saksikan video kami muat naik semula di Youtube, di atas.

Sekadar gurauan hujung minggu atau tidak sesama mereka, tindakan Emma Maembong ini nampaknya mengundang beberapa komen kurang enak untuk dibaca termasuk yang mengatakan beliau mengada-ngada (atau gedik dalam bahasa rempitnya). Hmm. (rtky/m)