fbpx

Black Mengaku Bercuti Dengan Kekasih & Nafi Bersekedudukan

Black Mengaku Bercuti Dengan Kekasih & Nafi BersekedudukanSebenarnya kami sendiri tidak pasti sama ada kekasih yang beliau maksudkan dalam akhbar mingguan hujung minggu lalu sama dengan gambar yang kami paparkan di’sebelah.

Namun khabarnya gadis di’sebelah ini merupakan kekasih Black atau kalau menurut pengakuan terbaru penyanyi ini, kini sudah pun bergelar bekas kekasih semenjak Aidilfitri lalu.

Cerita utama yang di’sampaikan Zubir di Berita Harian adalah gossip yang mengatakan Black pergi bercuti ke sebuah pulau berduaan dengan kekasih beliau & ia’nya hampir benar.

Black mengakui yang beliau memang ada bercuti bersama kekasih tetapi bukan berduaan seperti yang di’dakwa tetapi di’temani oleh tiga orang rakan mereka sekali ketika itu.

“Sekiranya staff resort beritahu hal ini kepada media, memang mereka ada melihat saya makan berdua sahaja bersama teman wanita ketika itu,” ujar Black.

“Namun saya agak terkilan apabila gosip berkenaan turut ada mempertikai bangsa Melayu & agama Islam saya. saya masih tahu agama dan batas dalam pergaulan,” tambahnya lagi.