fbpx

Berjaya Terima Visa Kerja, Yuna Tekad Menetap Di Amerika Syarikat

Sejak lebih setahun yang lalu, Yuna sering berulang alik dari tanah Amerika Syarikat ke Malaysia atas urusan kerja.

Selepas menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman indie, Fadel Laber, Yuna nampaknya semakin sibuk dengan urusan kerjaya beliau di’sana.

Yuna kini di’khabarkan sudah mempunyai lebih 30 buah lagu sebagai calon untuk album terbaru beliau yang akan di’pasarkan di Amerika Syarikat & juga Eropah.

Namun Yuna masih meneruskan misi menulis lagu untuk mencari sentuhan terbaik untuk album sulung beliau yang mensasarkan audience yang lebih luas.

Berkata kepada Murai, Yuna mengakui yang beliau kini sudah mempunyai visa bekerja dan dengan itu beliau bercadang untuk menetap di Amerika Syarikat untuk jangkamasa yang lebih lama.

Namun Yuna berjanji akan pulang setiap 6 bulan bertemu media & peminat di Malaysia kerana Yuna sangat menghargai jasa rakyat Malaysia yang banyak menaikkan nama beliau.

Tidak sabar rasanya untuk mendengar album penuh terbaru Yuna walapun belum apa apa kerana ada kolaborasi bersama Pharell Williams dan Guy Sebastian. Mesti gempak.