fbpx

Bekas Pengurus Pentas Saman Hafiz Suip RM200,000, Kes Rebut Kekasih?

Kalau anda masih ingat, tahun lepas kecoh juga dunia hiburan Malaysia apabila Hafiz Suip di’khabarkan menolak jatuh seorang pengurus pentas wanita kerana hilang sabar.

Pengurus pentas tersebut bernama Nur Haniza Mohd Azhar, 25 telah pun menyerahkan surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap Hafiz Suip ekoran insiden itu.

Menurut Nur Haniza, Hafiz Suip telah datang kepada’nya ketika berliau menjalankan tugas untuk Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Hafiz Suip khabarnya memaksa beliau untuk berjumpa namun Nur Haniza menolak dengan baik kerana sedang menjalankan tugas ketika itu — namun tetap di’desak.

Ketika Nur Haniza menuruni tangga untuk meneruskan tugas beliau, Hafiz Suip di’katakan menolak beliau sehingga terjatuh & mengalami kecederaan di’bahagian kaki.

Nur Haniza berkata surat tuntutan telah pun di’serahkan kepada Hafiz Suip pada 25 Jun lalu namun juara Akademi Fantasi 7 itu enggan mengaku bersalah & membayar ganti rugi. – SN