fbpx

Beego: Kontroversi Tidak Jejas Perkahwinan Bersama Linda Hashim

Isu dan kontroversi yang melanda Beego, pada tahun sebelum ini tidak jejaskan perkahwinan bersama Linda Hashim yang baharu sahaja dinikahi malam kelmarin.

Jelasnya, kontroversi tersebut mematangkannya dan berharap tidak ada lagi timbulnya spekulasi yang tidak benar mengenai dirinya lagi selepas ini.

“Sebenarnya, kalau mengikut kata peguam-peguam yang saya berjumpa sebelum-sebelum ini, mereka berkata kes saya sebenarnya tidak wujud atau timbul, tiada apa yang boleh sabitkan saya melakukan kesalahan tersebut kerana tidak ada saksi-saksi yang membolehkan saya didakwa”

“Malah beberapa rakan produksi saya juga mengatakan saya memang ‘dikenakan’ dan ini juga terjadi kepada seorang selebriti akan hal yang sama berlaku kepada saya baru-baru ini,” katanya bersungguh.

Dia berharap selepas ini tidak ada lagi timbulnya spekulasi-spekulasi buruk mengenai dirinya dan berharap juga bahawa pihak media dapat membantu dirinya keluar dari masalah ini dan tidak terus menghentam dirinya.

“Saya berharap dengan penjelasan saya ini, pihak media dapat gambaran jelas mengenai kes saya yang kelihatan samar dan tidak kukuh ini. Apa-apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya Linda Hashim kerana mempercayai saya, menyokong saya sentiasa dan terbuktinya kami bernikah pada hari ini,”ujarnya.

Beego dan Linda Hashim telah selamat diijabkabulkan oleh Ustaz Mohd Nizam Bin Wahab, Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, dengan sekali lafaz tepat jam 9.26 malam, manakala majlis resepsinya akan diadakan pada hari ini, iaitu hari Sabtu, bersamaan dengan tarikh 8 Jun 2013, di Dataran Finas, Ulu Kelang. Kami di Rotikaya.com mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga terus kekal hingga ke akhir hayat.