Oleh RotiKaya Staff pada
05 December 2012, 8:12AM

Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka & Semakin Lalai Selepas PopularBelum tamat rupanya kisah hubungan keruh antara Najwa Latif & ayahnya yang pernah menjadi isu sekitar September 2011 yang lalu. Kali ini, si bapa sendiri tampil ke'hadapan.

Abdul Latif Ismail, 51 yang merupakan seorang jurulatih renang menghubungi Berita Harian untuk luahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.

“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.

Menurut laporan itu juga, Abdul Latif sebenarnya tidak kisah dengan keputusan Najwa Latif untuk bergelar penyanyi selagi tidak mengabaikan pelajaran sendiri.

“Mereka berkata kepada m

how to get your ex back

edia, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”

“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik. Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang bersama,” tambah beliau lagi.

“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas Abdul Latif hari ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap populariti sebagai penyanyi.

“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”

Dalam masa sama, Najwa Latif yang di'hubungi untuk memberikan komen tentang isu ini mengambil pendirian untuk berdiam diri kerana ingin menjaga hati banyak pihak dek melibatkan isu keluarga.

zp8497586rq

Komen & Lain-lain