fbpx

Ashraf Muslim Sah Nikah Kali Kedua Di Thailand

Selepas desas desus aktor dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim berkahwin lain ternyata benar apabila pihak Mahkamah Tinggi Syariah hari ini membenarkan dia menarik balik permohonan untuk berpoligami kerana dia telah pun bernikah bersama salah bekas kru televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu.

Sehubungan itu Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

Mendirikan masjid adalah perkara yang murni, apatah lagi jika seorang lelaki itu berkemampuan dan mampu untuk bersikap adil. Tapi yang pelik kenapa Thailand?