fbpx

Anugerah Juara Lagu kembali lagi dan memasuki edisi ke 28 tahun ini, majlis menghargai karya muzik berprestij di Malaysia ini mengangkat tema Game On untuk acara yang bakal berlangsung dua minggu dari sekarang.

Elemen Game On akan direalisasikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik yang mampu memberi impak mendalam bukan saja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung.

Buat pertama kali dalam sejarah Anugerah Juara Lagu, giliran persembahan ditentukan lebih awal oleh pihak penganjur berbanding sebelum ini yang ditentukan melalui undian.

Beriktu merupakan senarai 12 buah lagu yang berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28) menurut turutan persembahan yang telah ditetapkan.

1. Aku Pelat (Salammusik)
2. Takkan Terpisah (Black)
3. In Love With You (Aizat Amdan & Noh Saleh
4. Hanya Aku (Hype Act)
5. Bosan (Stacy)
6. Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
7. Penglipur Lara (Hazama & The Penglipurlara)
8. Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
9. Sahabat (Najwa Latif feat. Sleeq & Syamkamarul
10. Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter)
11. Kau Yang Terindah (Alyah)
12. Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)

Anugerah Juara Lagu ke 28 bakal disiarkan secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini pada 26 Januari ini dan turut menyaksikan persembahan istimewa dari Shila Amzah, Mus (May), Waris, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Dali (Ahli Fikir) dan Zaidi (One Nation Emcees).